Golongan Pendakwah Penting

Dakwah memerlukan kesungguhan dan istiqamah. Matlamat dakwah tidak dapat dicapai jika usaha ini dianggap sebagai satu hobi masa lapang, satu sesi berfikir isu semasa seminggu sekali, atau satu usaha pada ketika mata telah mengantuk. Sikap berpuas hati dengan usaha yang minimum tidak seharusnya wujud di kalangan pengikut Muhammad s.a.w.

Apa itu golongan pendakwah rutin? Golongan pendakwah rutin ialah golongan yang melihat usaha dakwah sebagai usaha yang mengulangi satu perkara tertentu sahaja. Mereka menggunakan pendekatan yang sama, menyampaikan dakwah tanpa mengira persekitaran dan sasaran dakwah yang dihadapi.

Pergi.....& berdakwah...

...berdakwah...& balik...
Kesemua ini dilakukan atas alasan bahawa cara itu adalah ‘sunnah’ dan satu-satunya cara untuk melakukan dakwah. Golongan ini sebenarnya telah membunuh keupayaan intelek mereka. Tidak banyak berfikir dan berpendapat bahawa dakwah merupakan sekadar beberapa tindakan yang mudah.

Dalam membincangkan sifat-sifat manhaj Islam, Syed Qutb telah menyatakan bahawa Islam sebagai satu sistem hidup yang praktis, sangat mengambil kira sifat-sifat kemanusiaan yang ada pada diri manusia. Islam merupakan satu cara hidup yang mampu dilaksanakan oleh manusia dalam ruang lingkup kemampuan yang ada pada dirinya. Sama ada manusia berjaya mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan atau tidak, bergantung kepada usaha dan kesungguhan masing-masing.

Sesuatu perubahan tidak dapat berlaku dengan satu usaha yang sambil lewa. Demikian juga dengan usaha dakwah. Matlamat dakwah tidak akan tercapai hanya dengan niat yang baik.

“Dan Yaakub berkata: “Hai anak-anakku, janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang lain; namun demikian aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah s.w.t. Keputusan menetapkan (sesuatu) adalah hak Allah s.w.t.; kepada-Nyalah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya sahaja orang-orang yang bertawakkal menyerah diri.” (terjemahan Surah Yusuf:67)

Ayat ini merujuk kepada pesanan Nabi Yaakub kepada anak-anaknya semasa mereka hendak masuk ke kota Mesir. Beliau telah menasihati agar mereka jangan memasuki kota itu dengan pintu gerbang yang sama untuk memastikan agar tidak kesemuanya ditangkap sekiranya dikesan oleh musuh. Ayat ini menunjukkan ikhtiar dan perancangan seorang nabi itu tidak bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

Allah s.w.t. tidak akan memberi pertolongan kepada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan kemenangan yang mudah dalam usaha dakwah.


Rujukan: Buku Pengurusan Dakwah oleh Rozhan Othman


 

0 ulasan:

Halaman Utama !