Tips Menghadapi Peperiksaan

SEBELUM PEPERIKSAAN

· Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
· Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
· Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
· Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
- format soalan (objektif & esei)
- masa yang ditetapkan
- bilangan soalan yang harus dijawab
- markah yang diberikan pada setiap soalan

· Jumpa dan berbincang dengan pensyarah bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
· Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
· Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
· Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
· Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas

HARI PEPERIKSAAN
· Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
· Datang awal ke dewan peperiksaan
· Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
· Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
· Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda

SEMASA PEPERIKSAAN
· Baca arahan dengan teliti.
· Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
· Baca setiap soalan dengan teliti.
· Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
· Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
- bilangan soalan yang perlu dijawab
- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan

· Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan
· Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
· Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
· Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
· Pastikan nombor angka giliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
· Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
· Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
· Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
· Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
· Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
· Relaks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
Dipetik daripada http://www.usm.my/bhepp/papar.asp?cat=7&id=124

1 ulasan  

Benarkah kita mencintai dan menjadikan Nabi s.a.w sebagai ikutan?

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. -->-->

Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w
Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?.
Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab, setelah baginda Rasulullah meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri.
Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat dan sewaktunya..

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu.
Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin.
Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi,
Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.
Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima.

Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami".

Sama-sama kita menghitung diri kita sejauh mana kecintaan kita kepada baginda Rasullullah S.A.W...
Wassalam....

2 ulasan  

Halaman Utama !