Sejarah Ringkas 12 Tokoh Agung Hadith

01 . Imam Bukhori (m.256 H).
Nama beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhori.
Lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194 H.disebuah desa di Bukhara Asia Tengah.Beliau seorang ahli hadith yang menghabiskan umurnya khusus untuk mengumpul hadith-hadith Nabi yang ketika itu masih bertaburan didalam dada Ulama’beliau menjelajah ke beberapa Kota desa dan daerah-daerah Islam,demi untuk mengumpul ,meneliti matan dan sanad hadith.kemudian di tulis dalam kitabnya yang masyhur “sahih Bukhari”
Diriwayatkan bahawa beliau menulis sentiasa dalam keadaan berwudhu’dengan air zam-zam dan didahului dengan sembahyang sunat dua rakaat di Makam Ibrahim. Beliau juga sempat mengajar di Makkah seramai 90.000 orang yang mendengar dari mulutnya sendiri.kitab bukhari dianggap paling sahih dan nombor dua di bawah Al-Qur’an.
Beliau meninggal di Bukhara desa kartank di Samarkan tahun 256H.dan bermakam di situ.

02. Imam Muslim ( m.261H )
Nama beliau ialah Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi salah seorang ahli hadith yang terkenal.Telah mengumpul 300.000 hadith,tetapi setelah disaring beliau tuliskan dalam kitabnya “Sahih Muslim” sesudah dikurangi yang berulang kali adalah 4,000 hadith.
Umat Islam telah bersatu pendapat bahawa hadith-hadith dalam kitab Muslim adalah sahih dam menjadi sumber hukum.Ditinjau dari sudut susunan bab dan fasalnya kitab sahih muslim ini nombor satu.walaupun dari segi sanadnya ditempat kedua selepas Bukhari.
Beliau meninggal tahun 261 H. di Nisabur sebuah negeri di Persia.

03. Imam Tirmizi ( m..267H )
Nama lengkap beliau ialah Abul Hasan Muhammad bin Isa berasal dari desa Tirmiz di-pantai sungai Jihun di bukhara.Kalimah “Tirmizi” boleh dibaca tiga macam,iaitu “Tirmizi” “Turmuzi” dan “Tarmizi”
Kitab hadith sahih Tarmizi adalah besar mengandungi beribu hadith Nabi.Ia di syarah oleh Ibnul ‘Arabi al-Maliki’ sebesar 13 jilid.
Beliau lahir tahun 209 H.dan meninggal tahun 267 H. dan kitabnya yang masyhur ini termasuk dalam senarai “sunan sittah”( Bukhari,Muslim,Abu daud, Tirmizi,Nasa’I dan Ibnu Majah.

04. Imam Nasa’I (m.302 H)
Nama lengkapnya Abu Abdirrahman Ahmad bin Syu’ib bin ‘Ali bin Bahar bin Sizam bin dinar al-Nasa’I al-Syafi’i.
Beliau lahir disebuah desa bernama “Nasa” di daerah Khurasan ( Asia Tengah ) pada tahu 214 H.Beliau belajar di beberapa Kota dan Negeri Islam dan terkenal dengan gelaran jolokan “al-Huffaz” ( banyak menghafaz Hadith ).
Beliau meninggal di Ramallah,sebuah desa di Palestin dan bermakam di permakaman Baitil Muqaddas pada tahun 302H.

05. Imam Abu Daud.(m.275 H)
Nama beliau ialah Sulaiman bin al-As-Ath al-Sajistani al-Syafi’i.Lahir Pada tahun 202 H.Beliau mengumpul 50,000 hadith ,tetapi yang di tulis dalam kitab sunan Abu Daud adalah sebanyak 4,000 hadith sahaja.Menurut Imam Ibnul arabi,andaikata tidak ada kitab di tangan seseorang,tetapi ada kitabullah dan sunan Abu Daud ,maka itu sudah cukup untuk ilmu pengatahuan.Beliau meninggal pada tahun 275 H.

06.Imam Ibnu Majah ( M.273 H )
Nama beliau ialah Muhammad bin Yazid Abi Abdillah Ibnu Majah al-Khuzaini,lahir tahun 207 H.Menurut Imam Muhammad bin Abdul Hadi ,pensyarah kitab Ibnu Majah bahawa hadith yang terkumpul dalam kitab itu sebanyak 4,000 .Ia termasuk kitab hadith yang enam,tetapi ada ulama yang mengatakan bahawa Ibnu Majah di tempat yang ke tujuh,sementara yang keenamnya ialah al-Muwatta’ bagi Imam malik bin Anas.

07. Imam Malik bin Anas (m.179 H)
Nama beliau ialah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Ansari,dan di gelari Abu Abdillah.Lahir di Madinah pada tahun 93 atau 95 H.Beliau seorang ulama’ tabi’in(generasi kedua selepas sahabat) yang sangat alim.
Beliau mempelajari fiqh daripada Rabiah al- Ra’yi dan ilmu hadith daripadada ulama’-ulama’ ketika itu seperti Imam nafi’I Imam Syaibah al-Zuhri dan lain-lain.
Imam Malik terkenal dengan gelaran “Imam Darul Hijrah”.Pengasas mazhab Maliki dalam fiqh.Kitabnya al-Muwatta’ mengandungi banyak hadith yang dijadikan sumber hukum.Hasil usaha mengumpulnya selama 40 tahun setelah menghafal 100,000 hadith,kemudian disaring sanad dan matannya dan di tulis dalam Muwatta’ 5,000 hadith sahaja.Setelah selesai penulisan buku itu ditunjuk kepada 70 orang ulama’ pada zamannya dan menyatakan persetujuan.sebab itu di namakan “al-Muwatta’”.(Kitab yang di persetujui)

08.Imam Ahmad bin Hanbal (m.241H)
Nama beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hilal al-Syaibani. Lahir di Baghdad pada tahun 164 H.Ibu Bapanya berasal dari Marwin Wilayah Khurasan (Asia tengah) Pengasas mazhab Hanbali dalam fiqh,dan terkenal denga gelaran “Huffaz” dalam bidang hadith.Menurut Imam Abu Zur’ah Imam Ahmad menghafal satu juta hadith ini merupakan karomah allah yang di kurniakan kepada aulia’nya.Setelah di saring dari bermacam-macam segi hanya 40,000 hadith sahaja di tulis didalam kitab musnadnya,tetapi setelah di kurangi dengan tulisan yang berulang maka tinggal lagi30,000 hadith.
Beliau sempat berguru dengan Imam Syafi’I dalam bidang fiqh,dan meninggal tahun 241 di Baghdad.

09.Imam Baihaqi (m.458 H)
Lahir pada tahun 384 H. Hasil Usahanya yang gigih dapat membukukan Beberapa kitab hadith.Antaranya yang termahsyur
1. Sunan Baihaqi
2. Syu’abul iman dan lain-lain
Beliau terkenal dengan ahli fiqh dalam mazhab Syafi’I dan pembela ‘itiqad ahli sunnah wal jamaah meninggal di Nisabur Persia bermakam di Baihaqi pada tahun 458 H.

10.Imam Syafi’I (m.204 H)
Nama beliau ialah Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin uthman bin Syafi’I bin Said bin ‘Ubaid bi Abdi Yazin bin Hisyam bin Abdul Mutalib bin Abdi Manaf al-Qurasyi al-Muttalabi

Lahir tahun 150 H.di Asqalan Palestin,kemudian dia di bawa ibunya kembali ke Mekah.Belajar di Mekah dalam usia 9 Tahun telah menghafal Al-Qur’an .Beliau berguru dalam ilmu hadith dengan Sufyan bin Uyainah Imam Malik bin Anas dan lain-lain.Beliau di anggap mujtahid mutlaq,pengasas mazhab Syafi’ i, bapa ilmu usul fiqh dengan kitabnya “al-Risalah”.Kitab al-Umm al-Muzanni dan lain-lain penuh dengan hadith-hadith.Meninggal tahun 204 H.Di mesir dan bermakam di Masjid Imam Syafi’ I yang terkenal di Kaherah.

11. Imam Daruqutni ( m. 385 H)
Nama beliau ialah Abu Hasan Ali bin Umar al-Daruqutni,seorang ahli hadith yang jarang di tandingi pada zamannya.Dalam bidang fiqh beliau bermazhabkan mazhab Syafi’ i.Kitab beliau sunan Daruqutni membuktikan kemahiran dan kecekapan beliau dengan hadith dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan hadith.sehingga beliau di beri gelaran “Amiirul mu’minin fi al hadith”.Diantara pelajarnya al-Hafiz Abu Nuim,Qadhi Abu al-Tayyib,Imam Tabari, Imam Abu Bakar al-Barqani dan lain-lain.Beliau meninggal tahun 385 H.

12. Imam Abu Nuim (m 430 H)
Nama beliau ialah Abu Nuim bin Abdullah al-Asfahani adalah seorang ahli hadith yang terkenal dan di percayai.Hadith-hadith beliau di pakai sebagai sandaran hukum.Pengarang kitab “al-Hulyah”.Lahir pada tahun 334 H.Meninggal tahun 430 H.Dalam usia 96 tahun di Asfahan (Persi) dan bermakam di situ.

Sumber daripada : http://zaharuddin.net/

0 ulasan  

Bertudung : Fesyen ataupun Kewajipan

Cuba kita perhatikan di sekeliling kita,apakah pandangan muda mudi hari ini mengenai bertudung?.....adakah ianya sekadar hiasan dan fesyen atau ianya perintah daripada Allah taala ??......kebanyakan wanita pada hari ini menganggapkan bertudung itu adalah satu fesyen semata-mata, bukanlah sebagai satu arahan daripada Allah taala,maka dengan mudahnya wanita membuka auratnya tanpa merasa takut dan malu akan perbuatanya itu.Ingatlah akan amaran yang telah dinyatakan oleh Nabi saw di dalam suatu hadisnya :


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا بَعْدُ، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيْلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." ((HR. Muslim no. 5547)

Perhatikanlah wahai insan.....
Bila tiba hari nuzul Al-quran,kita sama –sama menyambutnya dengan pelbagai majlis dan program-program ,tapi kita tidak menghayati Al-Quran itu dengan teliti serta beramal denganya…Bertudung bukanlah perhiasan ataupun fesyen yang di fahami oleh sesetengah masyarakat Malaysia khususnya…tapi ia merupakan perintah yang wajib bagi kita patuhinya...

sebagaimana firman Allah taala :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan –perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka;dan janganlah mereka menperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan suami mereka ataupun bapa,ataupun bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka,atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi anak saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam ,atau hamba-hamba mereka,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan,dan janganlah mereka menhentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya.(Annur:31)

Cuba kita perhatikan ayat diatas ini, sudah cukup jelas ianya menerangkan bahawa bagaimana Allah taala menyuruh wanita menutup auratnya dan memeliharanya dengan mengajar cara-caranya….jadi janganlah jadikan bertudung itu satu fesyen ataupun adab masyarakat jadilah amalan bertudung ini sebagai ibadah kepada Allah taala.Bermula pada saat ini perbetulkanlah niat agar ianya menjadi amalan yang diberi ganjaran oleh Allah taala kerana setiap perintah serta suruhan ada ganjaran disisinya,janganlah menjadikannya perbuatan yang sia- sia denganMenganggap bertudung sebagai adab ataupun fesyen..Dan kita sebagai ummat islam sewajibnya menganggap menuntup aurat itu suatu yang kewajipan,bukannya sebagai fesyen ataupun adab.Dan jadikanlah amalan serta ibadah kita itu penghalang bagi kita daripada terjerumus ke lembah maksiat dan menjadi bahan bakar api neraka, insyallah…
Sumber : http://www.syabaabulmuslim.blogspot.com/

0 ulasan  

Halaman Utama !