Setiap sesuatu ada penawarnya..

"kenapa aku di uji begini??sedangkan aku telah beriman kepadaMu Ya ALLAH.." dalam doaku.

terdengar satu suara..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkansaja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

hatiku berkata lagi...kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan???sedangkan tidak salah pada seseorang itu memilih takdir hidupnya...
suara itu berkata lagi...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

kenapa susah sangat dugaan ini???..hati berkata lagi.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286....
suara itu menyambung..

Ya ALLAH....lemahnya aku dengan dugaan ini.aku benar-benar rasa berputus asa,adakah apa yang akan aku dakwah dan aku sampaikan kepada sahabat-sahabat,keluarga dan masyarakat akan di terima? ..
terdengar suara itu bergema semula...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya!, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

dalam tangisan penuh keinsafan dengan mengharap kekuatan dari ilahi...bagaimana harus diri ini menghadapi cacian,makian dan tohmahan jika diri ini gagal lagi...
suara itu berkata kepada diri...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Ya ALLAH...apakah yang akan aku dapat sesudah aku menjalankan amanat muYa ALLAH...dengan segala milikku..ku kongsikan bersama-sama sahabatku untuk agamaMu Ya ALLAH..demi ISLAM itu sendiri Ya ALLAH..
suara itu menyambung...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
Surah At-Taubah ayat 111

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
–Surah At-Taubah ayat 129
berkata lagi suara itu memberi semangat...

belum sempat diri mengatakan lagi..suara itu menyambung...
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

"...Tetapi Allah telah menimbulkan cintamu kepada keIMANan dan menjadikan keIMANan itu terasa indah dalam hati mu; dan ditumbuhkanNya dalam hatimu rasa kebencian terhadap kekafiran, kejahatan dan kedurhakaan. Itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar. Itulah suatu anugerah dan kurnia Allah dan Allah Maha Tahu dan bijaksana"
-Surah Hujurat 7-8)

~sahabat-sahabat...setiap manusia diuji..dan setiap ujian itu atas kemampuan diri individu itu sendiri..namun janganlah kita lupa untuk sentiasa berdoa bila mana ujian yang kita lalui itu sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT...dan mengharapkan ujian yang ditempuh itu boleh menambahkan keimanan kita kepadaNya..~

0 ulasan  

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Amal soleh pula apabila dilakukan yang paling betul dan bertepatan dengan syari'at Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama islam dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Sumber : iluvislam.com

0 ulasan  

Muslimah yang disayangi...

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.


Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yangbertudung.
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,


Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,


Oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,


Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini....

2 ulasan  

Sifat-sifat wanita ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.



Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)



Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.



Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:


"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)



Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:


"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!



"Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:


"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)



Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.


Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:


"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."



Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.


"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)



Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

2 ulasan  

Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”
  • Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

0 ulasan  

Haji dekatkan hamba kepada Allah

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat berangkat ke tanah suci Mekkah dan Madinah bagi menunai dan melengkapkan rukun Islam kelima, pemergian mereka membuktikan bahawa keredaan Allah, segala amal ibadat serta dosa-dosa dapat diampunkan Allah SWT bagai anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibunya.

Apabila tiba musim haji, saban tahun pengunjung Baitullah dari pelbagai ceruk dunia datang tanpa mengira pengorbanan wang ringgit walau terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana atau miskin, ini tidak lain agar seluruh amalan dierima sebagai amal-amal yang soleh di sisi-Nya, Allah adalah segala-gala untuk dihadapkan ketundukan, kepatuhan hanya kepada-Nya.
Mereka datang dengan mengharungi pelbagai kesulitan dan kepayahan, sama ada kesulitan semasa sebelum berangkat, dalam perjalanan mahupun semasa berada di Tanah Suci, namun itu semua dapat diatasi dengan baik kerana matlamat mereka adalah untuk meraih keredaan Allah SWT.
Apapun, persoalan selepas mengerjakan fardu haji kurang diberi perhatian, ramai di kalangan para jemaah termasuk yang kali kedua dan ketiga masih terus melakukan perkara yang boleh menghalang haji mabrur setelah kembali ke negara masing-masing, mereka mengulangi perbuatan yang sama sebelum berangkat ke tanah suci, apabila dilihat dari satu sudut, rasa rugi terlintas di kepala kerana apa yang dilakukan semasa berada di sana bagaikan sia-sia.
Sebenarnya mereka kurang ilmu berhubung dengan amalan yang sepatutnya dilakukan selepas haji, ataupun tiada maklumat mengenai petua yang sepatutnya menjadi teras kepada amalan harian selepas bergelar haji, justeru, pada ruangan konsep agama kali ini, penulis cuba merungkai persoalan tanda penerimaan haji atau lebih dikenali dengan haji mabrur. Perhimpunan jutaan manusia di kalangan jemaah di Padang Arafah bagaikan perhimpunan di Padang Mahsyar ketika manusia menunggu giliran amalan mereka diperhitungkan Allah, sama ada dimasukkan dalam syurga atau neraka, begitu juga ketika mengelilingi Kaabah agar merasakan kepayahan yang pernah dilalui oleh isteri Nabi Ibrahim iaitu Hajar yang berulang alik antara bukit Sofa dan Marwah dengan mendakapnya Ismail, membuktikan kecintaan mendalam terhadap Allah SWT.
Apa yang penting untuk dikongsikan di sini, apabila pulang ke tanah air, semestinya setiap jemaah lakukan perubahan diri dari sudut penampilan, cara bercakap, gaya hidup, cara berfikir, berpakaian dan lain-lain memperlihatkan kelainan sebelum menunaikan fardu haji, ia penting bagi memastikan haji yang telah terlaksana benar-benar diterima Allah sekali gus meraih haji mabrur.
Perkara-perkara yang perlu dipelihara ketika dan selepas menunaikan fardu haji : � Seseorang itu perlu merasakan bahawa hajinya diterima Allah ketika mula-mula sampai di hadapan Baitullah, memohon keampunan Allah terhadap segala dosa yang telah dilakukannya, sama ada disedari atau tidak. � Menumpukan segala perhatian terhadap pelaksanaan ibadat haji, seolah-olah memutuskan hubungan dengan isi kandungan dunia yang melalaikan, terutama ketika berdepan dengan Baitullah, di padang Arafah, memakai ihram dan lain-lain, bagaikan sedang berada di padang Mahsyar sedang menunggu giliran untuk dihisab segala amalan. � Memasang cita-cita untuk mendapatkan rahmat kasih-sayang Allah dengan hati yang penuh mengharap. � Sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dengan reda melakukan segala suruhan-Nya dan bersedia meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya di samping memperbanyak amalan-amalan sunnat. � Beriltizam dengan wirid dan zikir harian daripada ayat-ayat al-Quran, terutamanya Ma�thurat. � Sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah. � Sanggup untuk menangis kerana takutkan Allah, khusuk ketika solat dan terasa (berbekas hati) dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. � Bergaul dengan orang-ramai dengan baik dan membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. � Menitik-beratkan persoalan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan prihatin kepada golongan yang susah. � Suka bersedekah kepada golongan fakir dan miskin. � Menyegerakan hajat orang-ramai serta mencari jalan menyelesaikan masalah mereka. � Mengasihi anak-anak yatim dengan menghulurkan bantuan buat mereka. � Menyembunyikan perkara baik yang dilakukan, sama ada buat diri sendiri atau orang lain serta menjauhkan diri dari terjebak kepada suka menunjuk-nunjuk (riya�), kerana ia akan menghilang rasa ikhlas kepada Allah. � Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan berusaha untuk mendapatkan keredaan mereka. � Menjauhkan diri dari melakukan sifat-sifat terkeji yang menyalahi tuntutan agama, malah berusaha mempersiapkan diri dengan sifat-sifat terpuji. � Menghindar diri dari terjebak dalam perkara syubhat yang boleh membawa kepada yang haram. � Bersikap lemah-lembut dan sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan karenah manusia yang menjadi sasaran untuk berdakwah. � Memuhasabah terhadap kekurangan diri dengan segala kebaikan yang dilakukan. � Bertambah sifat zuhud di dunia, mementing dan melebihkan akhirat, menguasai naluri, perasaan dan jiwa, bertambah takut kepada Allah adalah di antara tanda haji seseorang itu diterima di sisi-Nya. � Tidak mengulangi perbuatan yang kurang baik menurut pandangan agama seperti duduk lama berjam-jam di kedai-kedai kopi dengan berbual pada perkara yang sedikitpun tidak menguntung agama, negara dan masyarakat.
Apabila seseorang itu dapat berpegang kepada maklumat dan panduan di atas, pasti Allah tidak menghampakan permohonannya untuk meraih haji yang mabrur, Insya Allah, Amin.

0 ulasan  

Pergaulan Bebas

Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah bersendirian dengan perempuan lain. Yang dimaksudkan dengan perempuan lain iaitu bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untu selama-selamanya seperti ibu, saudara dan sebagainya.

Ini bukan bererti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua insan tersebut dari perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w bersabda sebgai berikut : “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-sekali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” Riwayat Ahmad.

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurtubi dalam menafsiri firman Allah s.w.t yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang ertinya :
“Apabila kamu meminta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu. "

Maksudnya adalah perasaan-perasaan yang timbul dari orang lelaki terhadap orang perempuan dan perasaan orang perempuan terhadap orang lelaki. Cara seperti itu lebih mudah untuk menghilangkan perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini bererti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dala hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu, menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.




Halal dan Haram dalam islam oleh Syeikh Yusuf Al-Qardhawi

0 ulasan  

Sejarah Ringkas 12 Tokoh Agung Hadith

01 . Imam Bukhori (m.256 H).
Nama beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhori.
Lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194 H.disebuah desa di Bukhara Asia Tengah.Beliau seorang ahli hadith yang menghabiskan umurnya khusus untuk mengumpul hadith-hadith Nabi yang ketika itu masih bertaburan didalam dada Ulama’beliau menjelajah ke beberapa Kota desa dan daerah-daerah Islam,demi untuk mengumpul ,meneliti matan dan sanad hadith.kemudian di tulis dalam kitabnya yang masyhur “sahih Bukhari”
Diriwayatkan bahawa beliau menulis sentiasa dalam keadaan berwudhu’dengan air zam-zam dan didahului dengan sembahyang sunat dua rakaat di Makam Ibrahim. Beliau juga sempat mengajar di Makkah seramai 90.000 orang yang mendengar dari mulutnya sendiri.kitab bukhari dianggap paling sahih dan nombor dua di bawah Al-Qur’an.
Beliau meninggal di Bukhara desa kartank di Samarkan tahun 256H.dan bermakam di situ.

02. Imam Muslim ( m.261H )
Nama beliau ialah Abu Husain Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Nisaburi salah seorang ahli hadith yang terkenal.Telah mengumpul 300.000 hadith,tetapi setelah disaring beliau tuliskan dalam kitabnya “Sahih Muslim” sesudah dikurangi yang berulang kali adalah 4,000 hadith.
Umat Islam telah bersatu pendapat bahawa hadith-hadith dalam kitab Muslim adalah sahih dam menjadi sumber hukum.Ditinjau dari sudut susunan bab dan fasalnya kitab sahih muslim ini nombor satu.walaupun dari segi sanadnya ditempat kedua selepas Bukhari.
Beliau meninggal tahun 261 H. di Nisabur sebuah negeri di Persia.

03. Imam Tirmizi ( m..267H )
Nama lengkap beliau ialah Abul Hasan Muhammad bin Isa berasal dari desa Tirmiz di-pantai sungai Jihun di bukhara.Kalimah “Tirmizi” boleh dibaca tiga macam,iaitu “Tirmizi” “Turmuzi” dan “Tarmizi”
Kitab hadith sahih Tarmizi adalah besar mengandungi beribu hadith Nabi.Ia di syarah oleh Ibnul ‘Arabi al-Maliki’ sebesar 13 jilid.
Beliau lahir tahun 209 H.dan meninggal tahun 267 H. dan kitabnya yang masyhur ini termasuk dalam senarai “sunan sittah”( Bukhari,Muslim,Abu daud, Tirmizi,Nasa’I dan Ibnu Majah.

04. Imam Nasa’I (m.302 H)
Nama lengkapnya Abu Abdirrahman Ahmad bin Syu’ib bin ‘Ali bin Bahar bin Sizam bin dinar al-Nasa’I al-Syafi’i.
Beliau lahir disebuah desa bernama “Nasa” di daerah Khurasan ( Asia Tengah ) pada tahu 214 H.Beliau belajar di beberapa Kota dan Negeri Islam dan terkenal dengan gelaran jolokan “al-Huffaz” ( banyak menghafaz Hadith ).
Beliau meninggal di Ramallah,sebuah desa di Palestin dan bermakam di permakaman Baitil Muqaddas pada tahun 302H.

05. Imam Abu Daud.(m.275 H)
Nama beliau ialah Sulaiman bin al-As-Ath al-Sajistani al-Syafi’i.Lahir Pada tahun 202 H.Beliau mengumpul 50,000 hadith ,tetapi yang di tulis dalam kitab sunan Abu Daud adalah sebanyak 4,000 hadith sahaja.Menurut Imam Ibnul arabi,andaikata tidak ada kitab di tangan seseorang,tetapi ada kitabullah dan sunan Abu Daud ,maka itu sudah cukup untuk ilmu pengatahuan.Beliau meninggal pada tahun 275 H.

06.Imam Ibnu Majah ( M.273 H )
Nama beliau ialah Muhammad bin Yazid Abi Abdillah Ibnu Majah al-Khuzaini,lahir tahun 207 H.Menurut Imam Muhammad bin Abdul Hadi ,pensyarah kitab Ibnu Majah bahawa hadith yang terkumpul dalam kitab itu sebanyak 4,000 .Ia termasuk kitab hadith yang enam,tetapi ada ulama yang mengatakan bahawa Ibnu Majah di tempat yang ke tujuh,sementara yang keenamnya ialah al-Muwatta’ bagi Imam malik bin Anas.

07. Imam Malik bin Anas (m.179 H)
Nama beliau ialah Malik bin Anas bin Abi Amir al-Ansari,dan di gelari Abu Abdillah.Lahir di Madinah pada tahun 93 atau 95 H.Beliau seorang ulama’ tabi’in(generasi kedua selepas sahabat) yang sangat alim.
Beliau mempelajari fiqh daripada Rabiah al- Ra’yi dan ilmu hadith daripadada ulama’-ulama’ ketika itu seperti Imam nafi’I Imam Syaibah al-Zuhri dan lain-lain.
Imam Malik terkenal dengan gelaran “Imam Darul Hijrah”.Pengasas mazhab Maliki dalam fiqh.Kitabnya al-Muwatta’ mengandungi banyak hadith yang dijadikan sumber hukum.Hasil usaha mengumpulnya selama 40 tahun setelah menghafal 100,000 hadith,kemudian disaring sanad dan matannya dan di tulis dalam Muwatta’ 5,000 hadith sahaja.Setelah selesai penulisan buku itu ditunjuk kepada 70 orang ulama’ pada zamannya dan menyatakan persetujuan.sebab itu di namakan “al-Muwatta’”.(Kitab yang di persetujui)

08.Imam Ahmad bin Hanbal (m.241H)
Nama beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hilal al-Syaibani. Lahir di Baghdad pada tahun 164 H.Ibu Bapanya berasal dari Marwin Wilayah Khurasan (Asia tengah) Pengasas mazhab Hanbali dalam fiqh,dan terkenal denga gelaran “Huffaz” dalam bidang hadith.Menurut Imam Abu Zur’ah Imam Ahmad menghafal satu juta hadith ini merupakan karomah allah yang di kurniakan kepada aulia’nya.Setelah di saring dari bermacam-macam segi hanya 40,000 hadith sahaja di tulis didalam kitab musnadnya,tetapi setelah di kurangi dengan tulisan yang berulang maka tinggal lagi30,000 hadith.
Beliau sempat berguru dengan Imam Syafi’I dalam bidang fiqh,dan meninggal tahun 241 di Baghdad.

09.Imam Baihaqi (m.458 H)
Lahir pada tahun 384 H. Hasil Usahanya yang gigih dapat membukukan Beberapa kitab hadith.Antaranya yang termahsyur
1. Sunan Baihaqi
2. Syu’abul iman dan lain-lain
Beliau terkenal dengan ahli fiqh dalam mazhab Syafi’I dan pembela ‘itiqad ahli sunnah wal jamaah meninggal di Nisabur Persia bermakam di Baihaqi pada tahun 458 H.

10.Imam Syafi’I (m.204 H)
Nama beliau ialah Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin uthman bin Syafi’I bin Said bin ‘Ubaid bi Abdi Yazin bin Hisyam bin Abdul Mutalib bin Abdi Manaf al-Qurasyi al-Muttalabi

Lahir tahun 150 H.di Asqalan Palestin,kemudian dia di bawa ibunya kembali ke Mekah.Belajar di Mekah dalam usia 9 Tahun telah menghafal Al-Qur’an .Beliau berguru dalam ilmu hadith dengan Sufyan bin Uyainah Imam Malik bin Anas dan lain-lain.Beliau di anggap mujtahid mutlaq,pengasas mazhab Syafi’ i, bapa ilmu usul fiqh dengan kitabnya “al-Risalah”.Kitab al-Umm al-Muzanni dan lain-lain penuh dengan hadith-hadith.Meninggal tahun 204 H.Di mesir dan bermakam di Masjid Imam Syafi’ I yang terkenal di Kaherah.

11. Imam Daruqutni ( m. 385 H)
Nama beliau ialah Abu Hasan Ali bin Umar al-Daruqutni,seorang ahli hadith yang jarang di tandingi pada zamannya.Dalam bidang fiqh beliau bermazhabkan mazhab Syafi’ i.Kitab beliau sunan Daruqutni membuktikan kemahiran dan kecekapan beliau dengan hadith dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan hadith.sehingga beliau di beri gelaran “Amiirul mu’minin fi al hadith”.Diantara pelajarnya al-Hafiz Abu Nuim,Qadhi Abu al-Tayyib,Imam Tabari, Imam Abu Bakar al-Barqani dan lain-lain.Beliau meninggal tahun 385 H.

12. Imam Abu Nuim (m 430 H)
Nama beliau ialah Abu Nuim bin Abdullah al-Asfahani adalah seorang ahli hadith yang terkenal dan di percayai.Hadith-hadith beliau di pakai sebagai sandaran hukum.Pengarang kitab “al-Hulyah”.Lahir pada tahun 334 H.Meninggal tahun 430 H.Dalam usia 96 tahun di Asfahan (Persi) dan bermakam di situ.

Sumber daripada : http://zaharuddin.net/

0 ulasan  

Bertudung : Fesyen ataupun Kewajipan

Cuba kita perhatikan di sekeliling kita,apakah pandangan muda mudi hari ini mengenai bertudung?.....adakah ianya sekadar hiasan dan fesyen atau ianya perintah daripada Allah taala ??......kebanyakan wanita pada hari ini menganggapkan bertudung itu adalah satu fesyen semata-mata, bukanlah sebagai satu arahan daripada Allah taala,maka dengan mudahnya wanita membuka auratnya tanpa merasa takut dan malu akan perbuatanya itu.Ingatlah akan amaran yang telah dinyatakan oleh Nabi saw di dalam suatu hadisnya :


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا بَعْدُ، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيْلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." ((HR. Muslim no. 5547)

Perhatikanlah wahai insan.....
Bila tiba hari nuzul Al-quran,kita sama –sama menyambutnya dengan pelbagai majlis dan program-program ,tapi kita tidak menghayati Al-Quran itu dengan teliti serta beramal denganya…Bertudung bukanlah perhiasan ataupun fesyen yang di fahami oleh sesetengah masyarakat Malaysia khususnya…tapi ia merupakan perintah yang wajib bagi kita patuhinya...

sebagaimana firman Allah taala :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan –perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka;dan janganlah mereka menperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan suami mereka ataupun bapa,ataupun bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka,atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi anak saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam ,atau hamba-hamba mereka,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan,dan janganlah mereka menhentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya.(Annur:31)

Cuba kita perhatikan ayat diatas ini, sudah cukup jelas ianya menerangkan bahawa bagaimana Allah taala menyuruh wanita menutup auratnya dan memeliharanya dengan mengajar cara-caranya….jadi janganlah jadikan bertudung itu satu fesyen ataupun adab masyarakat jadilah amalan bertudung ini sebagai ibadah kepada Allah taala.Bermula pada saat ini perbetulkanlah niat agar ianya menjadi amalan yang diberi ganjaran oleh Allah taala kerana setiap perintah serta suruhan ada ganjaran disisinya,janganlah menjadikannya perbuatan yang sia- sia denganMenganggap bertudung sebagai adab ataupun fesyen..Dan kita sebagai ummat islam sewajibnya menganggap menuntup aurat itu suatu yang kewajipan,bukannya sebagai fesyen ataupun adab.Dan jadikanlah amalan serta ibadah kita itu penghalang bagi kita daripada terjerumus ke lembah maksiat dan menjadi bahan bakar api neraka, insyallah…
Sumber : http://www.syabaabulmuslim.blogspot.com/

0 ulasan  

Adab-adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.
Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.
1. Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok
Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil)
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

6. Mengucapkan tahniah
Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
"Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak.
"Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)

7. Ziarah menziarahi
Manakala itu pula, amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari Raya kita."(Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah Baginda.(Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)Sehubungan dengan perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.

8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.

Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm"

0 ulasan  

Teh baik untuk kesihatan

Berita baik untuk penggemar2 Teh ...
Teh sebenar nya baik untuk kesihatan anda.Di Malaysia , ramai orang suka minum teh tarik . Teh tarik adalah teh yang dibancuh bersama 2 dgn susu pekat dan di goncang atau di-tarik2 beberpa kali untuk mensebatikan teh dan susu.

Walaupun teh (tanpa pengawet dan pewarna) baik untuk kesihatan , tetapi susu pekat (condensed milk) banyak mempunyai kandungan gula yang tidak bagus untuk diet .Di Jepun dan Cina , mereka percaya bahawa dengan meminum teh beberpa kali setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit kanser .

Khasiat2 dari daun Teh

- Mengurangi kadar lemak & kolesterol dalam darah sehingga meningkatkan kesegaran dan kelangsingan tubuh
- Boleh melegakan ulser perut, ketidakhadaman, loya, sembelit, pedih ulu hati dan tekanan saraf
- Boleh mengurangkan perasaan gementar
- Membantu ada mengekalkan kulit yang sihat dan licin (boleh dibuan mandian,
- Bagi yang mempunyai masalah 'Athlete's Foot' (kutu air), rendamkan kaki bersama teh sod selama 1/2 jam selama beberapa hari dalam seminggu.

0 ulasan  

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Sama-sama kita meningkatkan dan memperbanyakkan amal2 soleh di penghujung bulan Ramadhan ini....Sama2 juga kita ingat-memperingati antara satu sama lain.

wallahua'lam

0 ulasan  

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.
Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.
Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.
Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.
Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.
Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.
Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.
Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.
Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.
Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.
Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu
Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih
Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.
Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran
Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.
Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.
Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.
Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.
Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

0 ulasan  

Serikandi : Zubaidah

Keharuman namanya bukan saja krn dia seorang ratu, tapi lebih itu krn amalan atau karyanya.Tak hairanlah jika namanya diabadikan dalan beberapa projek saluran air di Makkah dan Arafah sampai sekarang. Dialah Zubaidah yang nama aslinya Amatul Aziz bt Ja'far, permaisuri Khalifah Harun Ar Rasyid pada pemerintahan Abasiyah.
Sepeninggal suaminya, khalifah Harun Ar Rasyid, yg menggantikan takhta adalah Al Ma'mun. Tapi krisis kekhalifahan ini ditandai peristiwa terbunuhnya Al Amin juga anak lelakinya. Sejak itu Zubaidah tenggelam dlm kedukaan yg dalam, namun baru terubati setelah dia berulang kali melakukan ibadah haji ke Makkah tempat turunnya wahyu dan kelahiran Rasulullah s.a.w.Dlm perjalanan ibadah hajinya, ia terkesan dgn para jamaah haji yg kesulitan memperoleh air di Makkah. Harga setitis air rasanya lebih mahal dari setitis keringat utk memperolehnya.


Zubaidah sedih dan menangis dlm hati. Ia bersumpah dgn tulus akan menyerahkan segala harta miliknya utk projek pengadaan air bagi penduduk Ummul Qura dan para jemaah haji tahun mendatang. Kpd Allah ia berdoa agar niatnya terkabul.Ketika kembali ke Iraq, Zubaidah mengundang para arkitek dan pekerja serta menceritakan rencananya. Dgn rancangan matang dikirimlah arkitek dan para pekerja itu ke Makkah atas anggaran peribadi Zubaidah membantu saluran air di antara bebatuan cadas. Suatu pekerjaan yg sangat berat di waktu itu sebelum adanya peralatan canggih spt sekarang.Projek kemanusiaan itu akhirnya terkabul. Mengalirlah mataair dari Hunain ke Makkah Al Mukarramah membasahi bumi Makkah dan penduduknya. Begitu juga mata air Nu'man yg dialirkan ke Arafah. Suatu projek raksasa yg dibangunkan secara peribadi utk kemaslahatan umat manusia tanpa mengharap balasan. Nama Zubaidah kemudian diabadikan dalam projek saluran air itu sampai sekarang utk mengenang jasa dan karyanya.Berkata Ibnu Jubair tentang ibadah haji itu. "Kilang-kilang, kolam, sumur dan rumah-rumah dari Baghdad ke Makkah ini adalah hasil harta Zubaidah puteri Ja'far.


Semua it merupakan manfaat dan kelengkapan yg dinikmati oleh tamu-tamu Allah setiap tahun. Kalau bukan kerana hasil karya yg mulia ini, tidaklah Zubaidah menempuh alam ini". Wanita mulia ini selalu dimanjakan dgn curahan kasih sayang sejak kecilnya. Neneknya Abu Ja'far Al Mansur dan bapa saudaranya Al Mahdi membesarkannya penuh kecintaan. Neneknya sangat mengagumi sang cucu dgn sebutan buih yg putih atau Zubaidah, sebuah panggilan manis dr nama aslinya amatul Aziz bt Ja'far.Ia dikahwinkan dgn pemuda Harun Ar Rasyid tahun 165H, dgn pesta yg meriah. Ternyata Zubaidah sang ratu ini memiliki cukup kelebihan iaitu; cerdas, bijak, setia dan penyayang. Tak hairanlah jika Khalifah Harun Ar Rasyid sering menerima nasihat Zubaidah ketika menjadi Khalifah yang termasyhur dlm sejarah Arab. Kebahagiaan suami-isteri ini pernah terasa terusik dgn datangnya hamba sahaya perempuan baik yg dihadiahkan maupun yg dibeli. Di antara mereka ada yg gadis cantik dari Kisra and Kaisar yg merasa senang dgn kemurahan dan kemewahan khalifah.
Hal ini sempat membuat hati Zubaidah kecewa, tapi dia tetap sabar dlm kecemburuan seorang wanita. Kecemburuannya itu dibatasi dgn kesabarannya membimbing para hamba sahaya itu mengkaji Al Quranul Karim. Dgn begitu, Zubaidah merasakan ketenangan dan keamanan hati sewaktu mendengarkan ayat-ayat Al Quran itu.Sayangnya tak lama setelah itu Khalifah Harun Ar Rasyid wafat yg digantikan puteranya Al Amin sebagai Khalifah. Yang menyedihkan, tampilnya Al Amin ditandai perang saudara dgn Al Ma'mun adiknya krn hasutan dan fitnahan dari luar. Boleh digambarkan betapa sedihnya hati Zubaidah. Ia berpendapat Al Amin-lah yg berhak menjadi khalifah, tapi dia tidak menginginkan Al Ma'mun tewas didlm peperangan itu. Kepada Ali bin Isa panglima perang yg memerangi Al Ma'mun dipesankan agar memerangi dan menasihati puteranya. Harapan Zubaidah sia sia, Allah mentaqdirkan anak Zubaidah yg terbunuh dlm peperangan itu ialah Al Amin. Bukan panah Al Ma'mun yg menewaskan tetapi panah seorang prajuritnya.Melihat peristiwa itu, Al Ma'mun datang menemui ibunya dgn menghiburnya, "Wahai ibu, janganlah bersedih kerana akulah pengganti Al Amin". Mendengar itu Zubaidah menjawab dgn cerdiknya, "Bagaimana aku tidak bersedih atas seorang anak yg meninggalkan saudaranya seperti engkau?" Zubaidah terus larut dlm tangsinya hingga Al Ma'mun ikut menangis kerananya. Sejak itu Zubaidah tenggelam dlm duka yg dalam. Kesedihannya terubati setelah ia berhasil mewujudkan karyanya berupa projek saluran air di Makkah dan Arafah.
Semoga Allah memberkati kehidupannya.

0 ulasan  

Etika Pergaulan dan Batas Pergaulan

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahanpandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahanpandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah merekamennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasanampak daripadanya. Dan hendaklah merekamelabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semuajenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga denganwanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yangberbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabirpembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAWbersabda: Janganlah salah seorang dari kalianberdua-duan dengan seorang wanita, keranasyaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannyaketika berbicara selain kepada suaminya. FirmanALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekaliantidaklah seperti wanita yang lain, jika kamubertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalamberbicara (berkata-kata yang menggoda) sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapaetika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanitamukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalauberbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanitaberbicara dengan orang lain sebagaimana diaberbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainyakepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itumasih lebih baik daripada menyentuh kaum wanitayang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan RiwayatThabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalamhadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halalbaginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAWtidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tanganwanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanitaselain mahram, yang mana apabila seseorangmelanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimanasabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dariRasulullah SAW bersabda: SesungguhnyaALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannyadari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatanzina dan segala sesuatu yang boleh mendekatikepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatanyang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)"

0 ulasan  

Pengajaran Dari Peristiwa Isra' dan Mi'raj


Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?
Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.
Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.
Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.
Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.
Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

0 ulasan  

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.

· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

0 ulasan  

Fardu Ain: Memahami istilah kaedah Usul Fiqh

Ilmu Fiqh amat berkait rapat dengan ilmu Usul Fiqh, ini kerana hukum Fiqh tidak dapat diputuskan kecuali dengan satu proses pembinaan hukum melalui teori atau kaedah Usul Fiqh.

Iaitu ilmu yang berkaitan dengan dasar-dasar fiqh, di dalam apa sahaja ilmu, perkara yang dikira teramat penting bagi orang yang ingin mempelajarinya ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu pemahaman ilmu tersebut.
Pengajian dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan pengkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang kuat dalam memahami ilmu itu.
Ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk mengeluarkan hukum syar?i yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf berdasarkan dalil-dalil secara terperinci.
Ia merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza antara fiqh dan usul fiqh, justeru ramai di kalangan cendekiawan Islam ada menyebut, bahawa orang-orang yang mahir dalam ilmu usul fiqh, sekali gus mahir dalam ilmu fiqh, dan tidak mesti orang yang mahir dalam ilmu fiqh memahami dengan baik ilmu usul fiqh.
Imam Syafie adalah di antara tokoh ilmuan Islam yang menguasai kedua-dua disiplin ilmu tersebut hingga mampu melakukan ijtihad, istinbat bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Contoh kaedah Usul Fiqh
1. 'Sesuatu yang wajib itu tidak akan jadi sempurna, melainkan dengan adanya perkara lain yang akan menyempurnakan kewajiban itu'.
Contohnya: Kewajiban bersembahyang akan menjadi sempurna setelah seorang itu mengambil wuduk terlebih dahulu, tanpa wuduk-kewajiban sembahyang tidak akan jadi sempurna atau sah.
2. 'Jika berhimpun sesuatu yang halal dengan yang haram, maka jadilah ia haram semuanya'.
Contohnya: Dalam sesuatu majlis yang pada awalnya baik dan halal, namun dengan sebab bercampurnya benda-benda yang haram yang ditegah agama, maka ia akan menjadi haram.

3. 'Reda (bersetuju) dengan amalan yang bersifat kufur, jadilah ia kufur'.
Contohnya: Bersetuju dengan amalan rasuah walaupun tidak melakukannya, sama seperti memberi atau menerima rasuah, jika masih berdiam diri mengenainya, samalah seperti orang yang terlibat dengan rasuah.

0 ulasan  

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.
Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”Hadirin saling berpandangan sesama mereka.

Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang periksa diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:
1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut perasaan. Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas.

Sama-sama kita renung serta hitung diri kita sejauh mana tahap iman.... Sentiasa kita perbaiki dari semasa ke semasa dalam meningkatkannya.....Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani

(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)

0 ulasan  

Penggunaan Bahasa Arab dalam pertuturan melayu.. Bhg 01

Perkataan dan Maksudnya..

  • Hasil = Natijah daripada sesuatu usaha
  • Ghalib = Biasanya
  • Dunia = Bumi yang kita hidup di atasnya
  • Maklum = Sesuatu yang diketahui
  • Nas = Teks
  • Jiran = Tetangga
  • Rai = Memelihara
  • Sohih = Benar
  • Infaq = Belanja
  • Baitul Mal = Tempat himpun pelbagai zakat

0 ulasan  

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya. Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita
Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

-http://jarumemas.blogspot.com

3 ulasan  

Awasi umat Islam jangan ditipu dan diperbodoh lagi!!

PENTING ... Tolong sebarkan. Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian.Yang pasti...... ini bukan ayat al-Quran...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..........Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject) Assalamu'alaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini... Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yangpenting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiki lah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimahAl-Quran......sebenar ayat Bible.

0 ulasan  

Rahsia Di Dalam Ais

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
" Oleh chekamala

0 ulasan  

Halaman Utama !