Peliharalah...

SENJATA WANITA

Jika engkau tanya padaku
Apakah senjata wanita yang paling bahaya?
Pasti ku katakan
MATA
Kenapa matanya?
Kerana kerlingannya
Membuai perasaan

Kerana lirikannya
Terlalu mengasyikkan

Kerana renungannya
Sungguh melalaikan

Apatah lagi air matanya
Ahhhh usah dikatakan!

Ketahuilah wanita,

Jika engkau solehah
Engkaulah sebaik-baik perhiasan dunia

Oleh itu tundukkan lah pandanganmu itu!
Terutama pandangan yang ada maksud tersirat

Pandangan yang cukup menjerat
Membawa ke lembah maksiat

Apa adakah lagi yang bahaya selain matanya?
Ada!

Apa dia?
MULUT

Kenapa mulutnya?

Kerana kuntuman senyumannya
Menggegarkan iman

Kemerduan suara darinya
Melemahkan fikiran

Ketawa manja darinya
Terlalu menghiburkan

Pujuk rayu darinya
Sungguh mencairkan

Belum lagi umpatan darinya
Habis pahala bertaburan!

Oleh itu wahai wanita
Jika benar syurga itu impianmu
Peliharalah mulutmu itu!
Hentikanlah umpatanmu itu!
Sucikanlah perkataanmu
Perbanyakkanlah zikirmu

Sesungguhnya Itulah yang lebih baik buatmu.

 

2 ulasan:

  1. citot said,

    tahniah

    on 21 Februari 2008 3:58 PTG  


  2. citot said,

    moga mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan

    on 21 Februari 2008 4:01 PTG  


Halaman Utama !