Scabies (Kerapu atau Kudis Malam atau Kudis Buta)

Pernah gatal-gatal pada seluruh badan? Pernah bernanah pada tempat-tempat tertentu pada anggota badan anda? terutamanya pada tangan dan kaki.Jika terdapat tanda-tanda sebegini, anda mungkin terkena SCABIES atau kerapu atau kudis malam atau kudis buta.

SCABIES jangan diambil mudah kerana ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

SCABIES ialah sejenis jangkitan oleh MITE iaitu sejenis hama bernama SARCOPTES SCABEI. Hama ini merupakan parasit yang mempunyai lapan kaki. Ia sangat kecil, hanya berukuran 1/3 milimiter panjang dan membenamkan dirinya ke dalam kulit yang boleh menyebabkan gatal menjadi semakin teruk. Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

Penyakit ini akan berjangkit bila kita duduk berdekatan, berpegangan tangan dan tidur dengan orang lain yang membawa jangkitan ini. Kebiasaannya ia berlaku di asrama, sekolah, kolej dan boleh jadi di mana-mana sahaja.

Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah.

SIMPTOM:


Pada awal terkena jangkitan, kita tidak akan merasa gatal lagi, tetapi selepas 2 minggu apabila bilangan hama semakin banyak dan berlaku perubahan pada tubuh badan kita, barulah gatal akan timbul. Jika digaru, ini boleh menyebabkan luka pada kulit. Kemudian, bakteria akan menjangkiti luka-luka ini dan menyebabkan kudis dan nanah.

RAWATAN:



1) Hapuskan hama.


Pada tahap ini, doktor hanya memberikan ubat sapu. Ubat telan (boleh didapati di sesetengah negara) atau suntikan juga tidak akan diberi.Ubat sapu yang telah diberi hendaklah disapu sebelum tidur malam, pada seluruh badan dari leher ke hujung celah jari kaki dan tangan.

Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.

Ubat ini mestilah disapu sekali lagi selepas 7 malam. Ini adalah untuk mematikan hama yang masih ada dan telurnya yang baru menetas. Ini bermakna, ubat untuk hama hanya disapu 2 kali sahaja tetapi apa yang paling penting, ubat hendaklah diratakan ke semua badan dari leher ke bawah sampai hujung jari dan kaki.

Seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. Bayi juga amat mudah dijangkiti hama ini di muka dan kepala. Mereka juga terpaksa disapu ubat di semua badan termasuk muka dan kepala (awas!ibu bapa haruslah berhati-hati menyapu ubat, jangan sampai terkena mata dan mulut).

2) Untuk mengubati kudis dan tempat bernanah,

antibiotik akan diberi oleh doktor

untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.

3) Untuk menahan gatal,

ubat telan@minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream)

mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.

note: ubat sapu mematikan hama dan menahan gatal adalah berlainan.

Jika pesakit mengikut aturan rawatan seperti di atas, gatal mungkin akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu. Kesan gatal juga mengambil masa untuk hilang sepenuhnya.

Sumber : SelatanOnline

 

2 ulasan:

  1. Elfie Azizan said,

    salam..
    terima kasih untuk information berguna ni.. :)

    on 4 Mac 2010 pada 11:04 PG  


  2. yt said,

    sy dah lama mengidap jangkitan kudis buta ni hingga naik fed up rasanya.Kejap hilang kejap datang balik.Tangan pun dah tak seksi dah he! he!

    on 14 Ogos 2010 pada 11:13 PTG  


Halaman Utama !