Lelaki Haram Bergelang Tangan........
Antara perkara yang dilupakan orang Islam hari ini bagi memperkasakan jati diri mereka adalah belajar dan mendalami ilmu-ilmu fardhu ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka kepada Allah s.w.t.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah di dalam al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah, maksudnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikuti agama mereka.
"Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : " Kamu akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka."Jesteru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan dan cara hidup orang kafir.Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w. dalam sebuah hadithnya daripada 'Imran bin Hussein r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan."Apakah bendanya ini?" Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Tegas baginda Rasullulalah,"Sesungguhnya benda itu (gelang tangan) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.Pemakaian gelang pada hari ini, bukan sahaja melibatkan golongan remaja, tetapi pegawai-pegawai masjid dan surau, tukang mandi jenazah, yang bergelar ustaz dan sebagainya. Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan mereka dari sudut pegangan akidah.Pemakaian gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat orang yang baru balik dari Makkah.Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali kalau-kalau berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk dikenalai. "Ohh... ini jemaah haji Malaysia, sebab ada gelang."Yang peliknya, pak-pak haji yang lelaki ini apabila balik ke Malaysia tidak pula mahu cabut dan buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau dan masjid. Kalau orang tua tunjuk contoh begitu, apabila orang muda pakai janganlah hentam orang muda sahaja.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
* Gelang Kayu koka
* Gelang Kristal
* Gelang Tasbih
* Gelang Getah plastik
* Gelang Besi magnet
* Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis2 gelang yang diharuskan:-
* Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
* Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
* Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadikan dirinya salah satu daripada tiga golongan ini!
Oleh : Ustaz Zainuddin Hashim.
0 ulasan:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)