Doa Apabila Tiba Bulan Rejab

Sebagaimana terdapat dalam satu hadis Nabi kita mengenai doa yang hendaklah kita baca apa bila bulan Rejab. Sehingga kita sempat hidup pada ketiga-ketiga bulan yang penuh berkat ini.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا شهر رمضان

"Ya Allah Ya Tuhan kami,anugerahkanlah keberkatan untuk kami, dalam bulan Rejab, dan dalam bulan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga bulan Ramadan (yakni
panjangkanlah umur kami Ya ALLAH,sehingga kami dapat bertemu demgan Bulan Ramadan.)"

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

0 ulasan  

Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu

Sumber artikel : myjazmanie.com

Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.

Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.


Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang aku temui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, aku ada jumpa artikel dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:


1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.


Aku cuba jugak cari sumber fatwa tu di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor yang mengeluarkan garis panduan mengenai sambutan hari ibu tu, tapi dah dua hari cuba masuk asyik connection down, mungkin ramai sangat yang tengah masuk kot. Aku nak tengok sendiri tarikh bila garis panduan tu dikeluarkan.

Pada masa yang sama aku jugak jumpa soal jawab di satu blog Hanafiyah yang menjawab persoalan mengenai sambutan hari ibu ni yang dijawab oleh pemilik blog tu macam ni:


Jawaban:

Salam,
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.
Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.

Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

Salam


Dan jugak berdasarkan dari khutbah jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM di SINI bagi sambutan hari ibu bagi tahun lepas yang jatuh pada 15 Mei 2009, pada pandangan dan pemahaman aku umat islam dibolehkan untuk meraikan sambutan hari ibu selagi ianya tidak melanggar hukum syariat.

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

Selamat hari ibu untuk semua.

-sama2 kita fikir dan renung, jangan cepat melatah.

1 ulasan  

Bulan Rabiul Akhir

PENGERTIAN: Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir

1) Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
2) Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
3) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
4) Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
5) Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
6) Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
7) Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

FADHILAT : Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.

Sumber : al-azim.com

2 ulasan  

Scabies (Kerapu atau Kudis Malam atau Kudis Buta)

Pernah gatal-gatal pada seluruh badan? Pernah bernanah pada tempat-tempat tertentu pada anggota badan anda? terutamanya pada tangan dan kaki.Jika terdapat tanda-tanda sebegini, anda mungkin terkena SCABIES atau kerapu atau kudis malam atau kudis buta.

SCABIES jangan diambil mudah kerana ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

SCABIES ialah sejenis jangkitan oleh MITE iaitu sejenis hama bernama SARCOPTES SCABEI. Hama ini merupakan parasit yang mempunyai lapan kaki. Ia sangat kecil, hanya berukuran 1/3 milimiter panjang dan membenamkan dirinya ke dalam kulit yang boleh menyebabkan gatal menjadi semakin teruk. Hama boleh dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.

Penyakit ini akan berjangkit bila kita duduk berdekatan, berpegangan tangan dan tidur dengan orang lain yang membawa jangkitan ini. Kebiasaannya ia berlaku di asrama, sekolah, kolej dan boleh jadi di mana-mana sahaja.

Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah.

SIMPTOM:


Pada awal terkena jangkitan, kita tidak akan merasa gatal lagi, tetapi selepas 2 minggu apabila bilangan hama semakin banyak dan berlaku perubahan pada tubuh badan kita, barulah gatal akan timbul. Jika digaru, ini boleh menyebabkan luka pada kulit. Kemudian, bakteria akan menjangkiti luka-luka ini dan menyebabkan kudis dan nanah.

RAWATAN:



1) Hapuskan hama.


Pada tahap ini, doktor hanya memberikan ubat sapu. Ubat telan (boleh didapati di sesetengah negara) atau suntikan juga tidak akan diberi.Ubat sapu yang telah diberi hendaklah disapu sebelum tidur malam, pada seluruh badan dari leher ke hujung celah jari kaki dan tangan.

Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.

Ubat ini mestilah disapu sekali lagi selepas 7 malam. Ini adalah untuk mematikan hama yang masih ada dan telurnya yang baru menetas. Ini bermakna, ubat untuk hama hanya disapu 2 kali sahaja tetapi apa yang paling penting, ubat hendaklah diratakan ke semua badan dari leher ke bawah sampai hujung jari dan kaki.

Seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. Bayi juga amat mudah dijangkiti hama ini di muka dan kepala. Mereka juga terpaksa disapu ubat di semua badan termasuk muka dan kepala (awas!ibu bapa haruslah berhati-hati menyapu ubat, jangan sampai terkena mata dan mulut).

2) Untuk mengubati kudis dan tempat bernanah,

antibiotik akan diberi oleh doktor

untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.

3) Untuk menahan gatal,

ubat telan@minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream)

mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.

note: ubat sapu mematikan hama dan menahan gatal adalah berlainan.

Jika pesakit mengikut aturan rawatan seperti di atas, gatal mungkin akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu. Kesan gatal juga mengambil masa untuk hilang sepenuhnya.

Sumber : SelatanOnline

2 ulasan  

Halaman Utama !